Golf Masters Junior serlah bakat muda

16 Apr 2025 • 5:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Bakat muda menyinar pada Kejohanan Golf Masters Junior Sabah ke-2 anjuran Akademi Sukan Alpha di Lapang Sasar Likas yang berakhir pada Isnin.

Seramai 58 pemain golf junior 12 tahun ke bawah dari Kota Kinabalu, Ranau,Tuaran, dan Kota Marudu mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Pengasas bersama Akademi Sukan Alpha Ali Ariffin berkata acara akar umbi itu menjadi platform untuk pemain muda mempamerkan bakat mereka, mencatat kemajuan dan menimba pengalaman dalam persekitaran yang kompetitif.

“Misi kami adalah untuk membentuk bukan sahaja pemain golf muda yang mahir, tetapi untuk melahirkan individu yang yakin dengan sokongan keluarga yang kukuh.

“Golf mengajarkan tumpuan, hormat-menghormati, kesabaran dan kejohanan ini juga menekankan pendidikan dalam etika dan peraturan golf, serta mempromosikan ikatan kekeluargaan yang bermakna dengan ibu bapa sebagai kedi anak-anak mereka.

“Akademi Sukan Alpha akan terus menyokong pembangunan belia melalui sukan dan kami menyasarkan untuk meluaskan jangkauan dan impak golf junior merentasi Sabah,” katanya.

Empat kategori dipertandingkan dan pemenang dengan markah masing-masing dalam kategori A ialah Muhd ​​Aliff Aidil (33), Muhammad Yahya Ummar Ariff (34), Nur Aqeela Syuhada (40); kategori B-Nurqailysha Edrina (31) Sheyenne Yu (31), Levenius Liew (33); kategori C- Yap Chok Tong (41), Adibzakwan Fakrullah (41), Harish Haitollah (43) dan Kategori D- Chloe Gishna (61).

Sementara itu, Arifin merakamkan ucapan terima kasih kepada K2 atas sokongan mereka dalam menjayakan acara tersebut.

Ariffin turut menggesa pemain remaja semua peringkat kemahiran menyertai siri kedua Sabah Junior Masters 2025 yang dijadualkan pada 25 Jun ini.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan acara akan datang boleh menghubungi +60 16-8300159.