Golongan belia digesa derma darah

22 Jun 2022 • 12:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTATAN: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya menyeru orang ramai agar menyokong mana-mana kempen menderma darah.

Menurutnya, usaha itu akan dapat membantu keperluan darah di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Unit Tabung Darah Jabatan Patologi, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

“Kita semua sedar bahawa bekalan darah di hospital sentiasa tidak mencukupi untuk menampung penggunaan harian yang kian meningkat.

“Oleh itu, kita menyeru orang ramai yang sihat terutama golongan belia untuk tampil menderma darah dalam kempen-kempen yang dijalankan kerana ia baik untuk kesihatan, di samping dapat membantu pihak yang memerlukan,” katanya.

Beliau bercakap kepada media dalam Program Kempen Derma Darah anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Putatan, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi BSMM Daerah Putatan Nanih Abah memaklumkan sebanyak 47 pain darah dikumpul daripada 65 penderma yang mendaftar pada program itu yang bermula dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang.

“Program derma darah pada kali ini melibatkan 13 petugas BSMM Putatan dan 10 petugas Unit Tabung Darah, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu II diketuai Dr. Ong Soh Ying,” ujar Nanih.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah Abdul Kahar; Ahli Majlis Daerah Putatan, Jeffery Nor Mohamed dan Azmi Ahmad.

Sepanjang kempen berlangsung, pengunjung dihiburkan oleh persembahan pemuzik jalanan, Affandi Murshidi dari Kumpulan The Headhunters.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.