Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

LocalCars
16 Jul 2026 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

image.png

Statistik jalan raya terbaru mendedahkan satu kenyataan yang membimbangkan memandangkan 69.4 peratus nahas jalan raya membabitkan idnividu berusia 16 sehingga 40 tahun.

Data mengejutkan ini dikongsi sendiri oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 6,157 kes membabitkan individu berusia 16 sehingga 20 tahun, diikuti 5,978 kes individu berusia 21 sehingga 25 tahun, 4,716 kes individu berusia 26 sehingga 30 tahun dan 3,640 kes mereka yang berusia 31 sehingga 35 tahun bagi tempoh berkenaan.

"Mengikut data, begitu juga pada tahun 2024, lebih kurang, jadi umur 70 tahun ke atas itu hanya memberikan sedikit sahaja (jumlah kes), itu pun bukan semestinya mereka yang memandu, mungkin mereka jadi penumpang dan sebagainya yang menjadi statistik kemalangan.

"Kenderaan berat, pemandu mabuk dan pemanduan yang cuai itu yang banyak menaikkan data statistik kemalangan di jalan raya di negara kita," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved