
SHAH ALAM, 4 JULAI: Empat daerah di negeri ini iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak dijangka mengalami hujan lebat hingga 1 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama berlaku melibatkan beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

The post Gombak antara empat daerah Selangor diramal hujan lebat hingga 1 pagi appeared first on Selangorkini.

