
SHAH ALAM, 4 JULAI: Amaran hujan lebat dikeluarkan di Kuala Lumpur serta tiga daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 6 petang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat disertai ribut petir juga melanda seluruh Johor selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.
MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

The post Gombak, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 6 petang appeared first on Selangorkini.

