Gong Yoo & Lee Dongwook Tak Mahu Hadiri Perkahwinan Jo Seho, Tapi Kenapa?

Music
9 Feb 2024 • 12:32 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Siapa sangka Jo Se-ho rupanya sedang menyulam hubungan bahagia dalam diam?

Selepas berita baik itu diumumkan, pelawak berkenaan sering menjadi bahan usikan teman sekerja termasuklah Gong Yoo dan Lee Dong-wook yang menghadiri rakaman ‘Pinggyego’ baru-baru ini.

Secara tiba-tiba, Gong Yoo berbisik,

Betul ke awak bakal berkahwin?

Jo Se-ho tertawa dan Lee Dong-wook bertanya,

Kenapa awak berbisik hal itu di udara?

image is not available

Akui Gong Yoo,

Saya terbaca artikel di mana awak sedang bercinta dan sedang dalam perancangan untuk berkahwin. Saya ingatkan ia hanya artikel berlebihan sebab banyak tuduhan tak berasas sekarang.

Usik Lee Dong-wook,

Awak pasti ke teman wanita awak tahu yang korang akan berkahwin?

Balas Jo Se-ho,

Nasib baik saya sudah mendapat keizinan dari kedua-dua belah pihak. Kami sedang berkenalan dengan baik.

image is not available

Apabila ditanya jika akan menghadiri perkahwinan itu, Gong Yoo mengelak dan berkata,

Saya rasa seperti saya akan sibuk pada hari itu.

Lee Dong-wook yang sudah mengetahui perancangan itu sejak lama dahulu turut mengakui bahawa dia mengatakan sudah ada janji lain dan tak boleh pergi.

Seronok dorang dapat mengusik Jo Se-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.