“Good Luck Bang” – Gelagat Suami Lupa Umur Isteri Ketika Sambut Birthday Buat Ramai Terhibur [Video]

LocalEntertainment
27 Dec 2024 • 5:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Buat sesetengah individu, hari ulang tahun kelahiran merupakan waktu yang ditunggu-tunggu buat mereka. Mana tidaknya, hari istimewa itu datang sekali sahaja dalam masa setahun.

Buat kenalan rapat dan ahli keluarga pula, ini adalah masa mereka untuk membuat prank dan kejutan sebagai tanda menghargai individu yang menyambut hari jadi tersebut.

Sebelum ini, dua orang rakan telah prank rakannya dengan menampal kertas A4 di belakang kereta dengan ayat, “Harini birthday saya, sila tekan hon tiga kali untuk wish.” Oleh disebabkan itu, ramai pengguna jalan raya telah membunyikan hon mereka sebagai tanda ucapan kepadanya.

Suami Kantoi Lupa Umur Isteri Ketika Sambut Birthday

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@mrplumberofficial) apabila seorang suami telah menempah ruangan khas di restoran N9 Container Cafe, Seremban bagi menyambut hari jadi isteri tercinta.

Menerusi video tersebut, kelihatan meja makan dihias dengan deko yang meriah seperti lampu neon, belon, bunga dan sebagainya.

Belon bernombor bagi menunjukkan umur si isteri juga diletakkan di atas meja sebagai salah satu kejutan. Kelihatan suami itu telah menempah belon dengan nombor ’35’ yang menunjukkan usia ‘birthday girl’ berkenaan.

Namun lain pula yang terjadi apabila lelaki tersebut rupa-rupanya tersalah dan terlupa umur sebenar pasangannya. Untuk info, usia sebenar si isteri pada tahun ini adalah 34 tahun.

“Penatlah aku deal (dengan pihak restoran)🤣. Salah umur pulak,” kata si suami di ruangan kapsyen.

Wanita Geram Suami Lupa Umurnya

Dalam klip video sama, kelihatan wanita itu berasa geram dengan kesilapan si suami yang terlupa tentang usianya. Si isteri dilihat tertawa dan menghentakkan kakinya sambil membebel kepada suami yang bersungguh-sungguh membuat kejutan tersebut.

“Tolong saya geng bapak-bapak satu Malaysia. Boleh pula aku salah letak umur dia,” kata lelaki itu.

Kedengaran si suami pula hanya mampu tergelak seolah-olah pasrah dengan situasi itu.

@mrplumberofficial Penat lah aku deal punya deal🤣 salah umur pulak🤦🏻‍♂️ #tiktokmalaysia ♬ original sound – Nuraliah_lah

Ramai Terhibur Lihat Telatah Si Suami Yang Lupa Umur Isteri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat situasi si suami yang tersalah letak belon bernombor itu.

“Fuh! Dah hentak kaki tu. Tak boleh bawa berunding dah. Musim hujan ni. Bawa selimut tebal sikit bang 😂 (siap sedia tidur luar),” ujar seorang individu.

Malah segelintir individu bersetuju bahawa umur adalah isu ‘sensitif’ buat kaum Hawa.

“Bab-bab umur jangan dibuat main dengan perempuan ni tau. Bahaya 😂,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga warganet dilihat memberikan si suami tips untuk membuat kejutan pada masa akan datang.

“Nak selamat jangan letak umur bang (belon bernombor). Kasi ucapan sweet je dekat situ. Boleh spoil mood tau,” ujar seorang wanita.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@mrplumberofficial)

Source: