'Good luck, daddy...' - Intan Najuwa hitung hari lahirkan adik Lunara, netizen puji anak jarak rapat macam kembar!

Family & ParentingLifestyle
26 May 2026 • 10:37 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Good luck, daddy...' - Intan Najuwa hitung hari lahirkan adik Lunara, netizen puji anak jarak rapat macam kembar!

SIAPA kata jadi ibu kepada anak-anak yang rapat usianya itu memenatkan?

Bagi pelakon jelita, Datin Intan Najuwa, fasa ini sememangnya satu fasa yang cukup indah dan menyeronokkan.

Sambil mengusap lembut perutnya, ada sinar kebahagiaan yang tidak mampu disembunyikan daripada wajah selebriti ini apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan sekali lagi tidak lama lagi.

Rezeki menimang cahaya mata dalam jarak usia yang rapat adalah satu anugerah yang paling indah.

Tidak menangis mahupun mengeluh penat, usahawan dan selebriti anggun itu sebaliknya tampil berseri-seri berkongsi berita gembira bahawa dia bakal menimang seorang lagi puteri comel tidak lama lagi.

Dunia keibuan sememangnya penuh dengan magis tersendiri buat pemilik nama sebenar, Intan Najuwa Abdul Hamid itu.

Pengumuman yang dikongsikan menerusi majlis baby shower berkonsepkan rona lembut di Instagram itu jelas memancarkan aura kebahagiaan seorang ibu yang tidak sabar menghitung hari.

Image from: 'Good luck, daddy...' - Intan Najuwa hitung hari lahirkan adik Lunara, netizen puji anak jarak rapat macam kembar!

"Rama-rama kecil untuk dicintai selamanya. Saya rasa sememangnya dilahirkan untuk menjadi ibu kepada anak perempuan.

"Seorang lagi puteri kecil bakal menyertai keluarga kami dan hati saya terasa sangat sarat dengan kebahagiaan.

"Saya sentiasa sukakan segalanya tentang bayi perempuan, benda-benda comel, warna merah jambu, reben, gaun dan setiap perincian kecil.

'"Sekarang, saya berpeluang melaluinya sekali lagi," luah Intan dengan nada penuh teruja.

Bukan itu sahaja, Intan sempat berseloroh mengusik suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman, memandangkan kehadiran orang baharu ini bakal memeriahkan lagi 'geng' wanita dalam rumah tangga mereka.

Tambah istimewa, bayi kedua ini juga dijangka berkongsi zodiak yang sama dengannya.

"Semoga berjaya, daddy... seorang lagi anak perempuan akan hadir dalam keluarga. Bakal jadi 'kembar mini' saya dan tarikh jangkaan bersalin bayi ini pula berbintang Leo, sama seperti Mommy.

"Adik perempuan untuk Lunara dan sejujurnya saya tidak boleh menjadi lebih bahagia daripada ini.

"Saya tidak sabar nak hias bilik kecilnya, beli-belah lebih banyak barang bayi perempuan dan tengok Lunara menjadi seorang kakak yang paling penyayang," katanya lagi.

Image from: 'Good luck, daddy...' - Intan Najuwa hitung hari lahirkan adik Lunara, netizen puji anak jarak rapat macam kembar!

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata pertama, Imane Lunara pada 15 Disember 2024.

Perkongsian berkenaan dihujani pelbagai reaksi positif serta usikan daripada peminat setianya.

Rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat kebahagiaan Intan yang bakal memiliki 'geng' beli-belah baharu, di samping mendoakan agar proses kehamilan dan kelahiran berjalan lancar.

Image from: 'Good luck, daddy...' - Intan Najuwa hitung hari lahirkan adik Lunara, netizen puji anak jarak rapat macam kembar!

"Wah, seronoknya! Anak umur rapat-rapat ini ada bestnya juga. Nanti orang asyik tengok nampak macam kembar. Anak-anak saya beza setahun sahaja, jadi muka dan tinggi lebih kurang. Dah berapa ramai cakap kembar. Semoga kedua-duanya selamat melahirkan," tulis seorang netizen.

"Dah agak dah bayi perempuan. Adakah nama pun akan macam kakaknya, bermula dengan huruf I dan L?" soal seorang pengikutnya yang mula berteka-teki.

"Lebih ramai anak perempuan bermakna lebih ramai geng beli-belah lah kan? Daddy bersedia duit sahaja," usik peminat lain.

"Wah, rasa baru sahaja tengok hantaran awak lahirkan Lunara. Sekejap sahaja tak lama lagi seorang lagi anak perempuan akan lahir. Tahniah Intan Najuwa, semoga selamat melahirkan," kata salah seorang warga maya.

"Cantiknya! Ya, seorang lagi puteri kecil. Semoga berjaya Datin, semoga dipermudahkan segala urusan," titip peminat mendoakan kesihatannya.