
Setiap ibu bapa pasti mempunyai cara dan style yang berbeza apabila mereka mendidik anak-anak kecil yang lasak ini.
Walaupun berbeza cara mendidik, yang pasti mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tidak dinafikan, anak-anak akan melalui fasa lasak dan nakal. Perkara biasa la kan untuk anak yang sedang membesar.
Macam baru-baru ini, telah tular sebuah video di laman sosial Tiktok yang memaparkan seorang lelaki berkongsi tips untuk handle anak yang suka memanjat tempat tinggi telah menarik perhatian warganet.
@adnanfaisalrauf Tips Suruh Anak Yang Suka Panjat Turun . Kita kena faham anak-anak dan sentiasa cari cara supaya dia faham kita. Tak boleh harap dia akan faham sendiri. Nak didik anak perlu ilmu, nak buat apa apa pun perlu ilmu. Adnan tak banyak ilmu pun. Cuma share apa yang Adnan rasa baik untuk di share.
. #toddler #parenting
Menerusi video daripada @adnanfaisalrauf, dapat dilihat gelagat anak perempuannya yang sedang memanjat grill pagar rumah mereka.
Apa yang meraih perhatian warganet adalah apabila lelaki tersebut berkongsi tips untuk menyuruh anaknya yang gemar memanjat itu turun dengan sendiri tanpa memarahinya.
Dia kemudiannya memuji anaknya dengan menepuk tangan sambil menyuruh budak perempuan itu turun perlahan-lahan serta mengatakan ‘good job’ semasa anak perempuannya itu turun dengan sendirinya.

“Kita kena faham anak-anak dan sentiasa cari cara supaya dia faham kita. Tak boleh harap dia akan faham sendiri. Nak didik anak perlu ilmu, nak buat apa apa pun perlu ilmu. Adnan tak banyak ilmu pun. Cuma share apa yang Adnan rasa baik untuk di share,” katanya.
Mungkin cara yang dilakukan ini berbeza dari norma biasa, tapi ini secara tidak langsung boleh meningkatkan perkembangan fizikal anak sekali gus tidak mencalarkan emosi anak dengan kemarahan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara Adnan mendidik anaknya itu tanpa berasa marah ataupun stres.

Ada juga di antara warganet yang mengimbau kembali memori semasa kecil dan dimarahi ibu bapa mereka.


Cara dia memang berbeza dari orang lain dan mungkin boleh dijadikan contoh untuk mendidik anak-anak kecil yang nakal dan ganas ini..

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

![Anak Sakit Perut? Ini Simptom Apendiks & 4 Tanda Anda Perlu Bawa Anak Jumpa Doktor [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
