
GoodMorning Perkenal GSure Baharu
KUALA LUMPUR – Dalam era kesedaran kesihatan yang semakin meningkat di Malaysia dan seluruh dunia, GoodMorning Group, jenama terkemuka dalam bidang bioteknologi dan pemakanan berfungsi, hari ini memperkenalkan inovasi terbaharunya: Formula GSure yang dipertingkatkan, bersama rangkaian produk pemakanan berfungsi yang baharu.
Pelancaran ini merupakan pencapaian penting dalam misi GoodMorning untuk menyediakan penyelesaian pemakanan berasaskan tumbuhan yang disokong sains, sejajar dengan keperluan kesihatan moden masa kini.
Majlis pelancaran diadakan di bawah tema inspirasi “Mendefinisi Semula Masa Depan: Meneroka Kehebatan Cendawan Perubatan” (Redefining the Future: Unlock the Power of Medicinal Mushrooms), bersempena dengan sambutan Hari Ibu Bapa dan membawa mesej kasih sayang “Love You Forever”.
Program ini berlangsung dari 4 hingga 8 Jun 2025 di Sunway Velocity Mall (V Boulevard, Aras 1), dengan pelbagai aktiviti dan peluang mencuba produk inovatif GoodMorning.

GSure Diperkasa NevVPro®: Teknologi Pemakanan Terkini untuk Kesihatan
Menyeluruh
Teraju utama pelancaran ini ialah GSure Baharu yang telah dipertingkatkan formulanya, kini diperkaya dengan NevVPro® — campuran bioproses eksklusif milik GoodMorning. Formula canggih ini mengandungi cendawan perubatan serta beta glukan daripada yis, menjadikannya pilihan pemakanan berasaskan tumbuhan yang dipertingkatkan melalui teknologi bioteknologi terkini.
NevVPro® terdiri daripada:
● NevGro® – Ekstrak Cendawan Bunga Kobis
● RespiRemè® – Serbuk tulen Cendawan Susu Harimau
● OriCidum® – Serbuk tulen Cendawan Reishi
● Beta Glukan daripada Yis
GSure kekal menawarkan profil pemakanan tinggi protein, tinggi kalsium, tinggi serat diet serta mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting. Ia juga 100% berasaskan tumbuhan, bebas laktosa dan bebas gluten, sesuai untuk vegetarian, mereka yang alah kepada susu, atau individu yang mencari alternatif pemakanan sihat tanpa tenusu.

Empat Produk Baharu Sokong Kesihatan Menyeluruh
Selain GSure, GoodMorning turut memperkenalkan empat produk baharu bagi memenuhi keperluan kesihatan yang pelbagai secara menyeluruh, hasil daripada formulasi berasaskan sains dan tumbuhan:
1. NevG Tablet
– Suplemen gabungan tiga ekstrak cendawan perubatan yang dikaji: NevGro® (Cendawan Bunga Kobis), RespiRemè® (Cendawan Susu Harimau), OriCidum® (Cendawan Reishi).
2. TMM Ezzence
– Pati Cendawan Campuran premium yang mengandungi Cendawan Susu Harimau, Cendawan Tiram Putih, Agaricus Blazei dan Cendawan Jeli Hitam.
3. LMM Ezzence
– Pati Cendawan Campuran dengan Cendawan Bunga Kobis, Cendawan Tiram Putih, Agaricus Blazei dan Cendawan Jeli Hitam.
4. MyVPro RTD
– Minuman campuran berasaskan formulasi MyVProTM, mengandungi RespiRemè® (Cendawan Susu Harimau), OriMili® (Cordyceps militaris), dan Palm Tocotrienol (Vitamin E antioksidan). Tiada gula tambahan atau pewarna tiruan.
Menurut George Lee Kok Gee, Pengurus Kanan Jualan Kebangsaan (Hiliran) GoodMorning, pelancaran produk ini melambangkan pencapaian besar syarikat.
“Formulasi baharu GSure dan produk-produk berfungsi ini mewakili langkah besar dalam mentakrifkan semula kesihatan. Dengan bioteknologi canggih, kita membuka potensi semula jadi cendawan perubatan untuk memenuhi keperluan pengguna di Malaysia dan dunia.”

Inovasi Berasaskan Penyelidikan dan Pengiktirafan Global
Sebagai peneraju dalam inovasi kesihatan, NevGro®, komponen utama dalam NevVPro® dan NevG, disokong oleh lebih 20 tahun penyelidikan dan pembangunan. Asas kukuh ini telah membuahkan 11 anugerah ciptaan & inovasi antarabangsa berprestij dan 23 penerbitan saintifik antarabangsa.
Begitu juga dengan tablet NevG, yang dibangunkan melalui lebih 3 tahun penyelidikan berdedikasi, telah meraih 5 anugerah ciptaan & inovasi antarabangsa dan turut diterbitkan dalam jurnal Neuroscience Research Notes, menonjolkan potensi Cendawan Bunga Kobis dalam bidang kognitif dan kesihatan otak.
Produk lain yang dipacu oleh penyelidikan termasuk RespiReme®, dengan lebih 2 tahun penyelidikan, telah menerima 2 anugerah ciptaan & inovasi antarabangsa dan 2 penerbitan saintifik antarabangsa; serta OriMili®, juga disokong oleh lebih 2 tahun penyelidikan, telah memperoleh 6 anugerah ciptaan & inovasi antarabangsa dan 1 penerbitan saintifik antarabangsa.

Kebijaksanaan Tradisional Bertemu Inovasi Moden
GoodMorning kini menjadi peneraju dalam memanfaatkan potensi cendawan perubatan melalui bioteknologi moden, menghasilkan makanan dan minuman fungsi yang inovatif dan mudah diamalkan.
● Cendawan Bunga Kobis: Dikenali menyokong daya ingatan, tumpuan dan kesihatan saraf.
● Cendawan Susu Harimau: Dihargai dalam perubatan tradisional untuk kesihatan pernafasan.
● Cendawan Reishi: Bersifat adaptogenik, melegakan tekanan, kesihatan jantung dan detoks hati.
“Melalui teknologi bioproses canggih, kami menjadikan khasiat semula jadi ini mudah diakses oleh semua melalui produk makanan dan minuman berfungsi harian,” ujar George Lee.
Kerjasama Strategik Bersama Sunway Multicare Pharmacy
GoodMorning turut mengumumkan kerjasama strategik dengan Sunway Multicare Pharmacy bagi pelancaran bersama GTSure – minuman kesihatan pencernaan dengan Gastro-AD® (probiotik kacang soya diperam), RespiRemè®, CaHMB, dan 28 nutrien penting.
Kerjasama strategik ini dijalin menerusi Memorandum Bekerjasama (MoC), melambangkan langkah besar GoodMorning ke arah peluasan pasaran peringkat pertengahan (midstream).
Menurut Ricky Lim Li Qi, Pengurus Besar Sunway Multicare Pharmacy, kerjasama ini selari dengan misi kami membawa makanan berfungsi berasaskan sains kepada masyarakat, dalam bentuk yang mudah dan boleh diakses oleh semua.

Pra-Pelancaran Minuman Berfungsi Coffee+
GoodMorning turut menampilkan Coffee+, rangkaian minuman berfungsi hasil kerjasama dengan jenama kopi ikonik tempatan, Kluang Coffee.
Varian pertama mengandungi Cendawan Susu Harimau, hadir dalam versi 2-dalam-1 (Strong) dan 3-dalam-1 (Classic). Varian dengan Cendawan Bunga Kobis dan Reishi bakal menyusul tidak lama lagi.
Aktiviti Mesra Keluarga & Promosi Kesihatan
Majlis pelancaran turut menampilkan aktiviti mesra keluarga seperti dinding mesej “Say it with Love”, cabutan bertuah dan pelbagai promosi menarik, menggalakkan pengunjung untuk menghargai ibu bapa dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Majlis ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan GoodMorning Group, termasuk Prof. Dato’ Dr. Lim Sin Boon, Pengasas & Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Prof. Dr. Charles Cheng Fang Chin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Lee Eng Kwan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan, Jordan Fong Yau Chung, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Peggy Cheng Poh Guat, Ketua Pegawai Saintifik Kumpulan, Hobart Chan Chien Hui, Pegarah Kewangan Kumpulan dan Agnes Tey Lee Meng, Pengurus Kanan Jualan Kebangsaan (Huluan & Pertengahan).
The post GoodMorning Perkenal GSure Baharu appeared first on Siakap Keli.

