Google AI Pro Kini Meningkatkan Storan Kepada 5TB Berbanding 2TB Sebelum Ini – Harga Kekal Sama

TechnologyDigital
2 Apr 2026 • 8:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google kini mengemaskini penawaran langganan Google AI Pro dengan storan bersaiz lebih besar. Ketika pelancaran bulan Jun 2025 yang lepas, Google AI Pro hadir dengan akses kepada sokongan sejumlah perkhidmatan janaan kecerdasan buatan, dan storan sebesar 2TB, pada harga RM979.90 setahun atau RM97.99 sebulan. Kini, hari ini Google dilihat mengemaskininya, dan mula menawarkan storan sebesar 5TB kepada semua pengguna.

Dengan langkah ini, pengguna menerima ruangan storan bersaiz lebih besar, dan pada masa yang sama menerima akses kepada pelbagai perkhidmatan Google, termasuk Gemini Pro, NotebookLM dengan akses lebih tinggi, Gemini pada Google Docs, sokongan penjanaan video, dan lain-lain.

image is not available

Selain itu, langganan seterusnya untuk storan adalah ditingkatkan kepada 10TB Pada harga RM214.99 sebulan, dan 20TB pada harga RM429.99 sebulan. Kedua-dua pelan storan ini hadir dengan pelbagai akses perkhidmatan AI, dan ditawarkan dalam bentuk langganan bulanan sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved