Google Akan Memadam Berbilion Data Pengguna Chrome Yang Dikumpul Melalui Mod Incognito

TechnologyDigital
2 Apr 2024 • 10:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

4 tahun lepas Google telah disaman untuk membayar sebanyak $5 Bilion kerana menjejak pengguna ketika melayari web menggunakan mod inkognito pada Chrome. Google didakwa boleh mengenalpasti kawan seorang pengguna, hobi, makanan dan filem kegemaran, dan banyak lagi data lain dipantau tanpa pengetahuan pengguna.

Terkini The Wall Street Journal melaporkan Google telah bersetuju untuk memusnahkan “berbilion titik data” yang dikumpul tanpa kebenaran melalui mod inkognito Chrome. Google turut bersetuju untuk menetapkan Chrome dengan kuki tidak boleh dijejak secara lalai selama lima tahun.

image is not available

Bermula Januari tahun ini, Google telah pun menghalang kuki pihak ketiga pada Chrome secara berperingkat bagi menggantikan penggunaan Privacy Sandbox. Mod inkgonito pada Chrome turut kini mempunyai amaran kepada pengguna yang data masih akan dijejak oleh laman web pihak yang dilayari.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved