Google Akan Mengembalikan Ciri Rakaman Panggilan Telefon Untuk Android Dengan AI

TechnologyDigital
29 Jul 2024 • 5:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple adalah antara syarikat yang sangat pentingkan privasi sehinggakan panggilan telefon pun tidak boleh dirakam. Ini berbeza dengan Google dan peranti Android lain kerana hanya pada tahun 2022, barulah aplikasi merakam panggilan suara diharamkan. Dengan era kecerdasan buatan generatif menjadi tunjang utama, ciri rakaman panggilan telefon kini boleh menjana transkripsi – ciri rakaman panggilan suara dikembalikan.

image is not available
Rakaman Panggilan Telefon Pada iOS 18

Untuk iPhone, ciri ini diberikan melalui iOS 18. Sementara pada Android, khusus untuk peranti Pixel ciri Call Notes akan diberikan. Ia menggunakan konsep yang sama iaitu merakam panggilan telefon dan AI akan menjana transkripsi untuk rujukan pengguna. Ia adalah seakan ciri pada aplikasi Recorder yang sudah bertahun menyokong ciri lebih kurang sama.

Teknologi panggilan telefon pada Pixel sangat hebat seperti Pixel Call Assist yang boleh bantu menjawab panggilan atau menapis agar tidak menjawab panggilan scammer. Ciri ini juga biasanya akan dihadkan kepada negara tertentu dan tidak diberikan kepada Malaysia. Diharapkan jika ciri ini sudah stabil, Google akan berikan kepada pengguna Samsung untuk peringkat global.