Google Play Store Akan Memaparkan Butiran Manfaat Melanggan Sesuatu

TechnologyDigital
26 Jul 2024 • 6:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna Android sangat mudah untuk menguruskan semua perkhidmatan langganan yang dilakukan dengan sistem pembayaran Google Play. Buka sahaja Play Store, pergi ke profil pengguna dan tekan Payments and subscription untuk melihat senarai langganan dan bila ia tamat tempoh. Terbaru, antaramuka bahagian langganan ini akan lebih jelas untuk pengguna.

image is not available

Google telah memperkenalkan perubahan rekaan antaramuka. Pertama dua bahagian baharu diperkenalkan iaitu untuk langganan aktif dan juga yang tidak aktif. Di setiap bahagian Google kini memaparkan butiran manfaat mengenai kelebihan melanggan mana-mana aplikasi dan perkhidmatan. Pengguna turut masih boleh melanggan semula, atau terus buang aplikasi dari senarai.

Menurut Android Authority, perubahan antaramuka ini akan diedarkan kepada pengguna bermula sekitar bulan September secara berperingkat. Kemas kini ini dikatakan sebahagian daripada pengenalan ciri Play Store Collections yang diumumkan beberapa hari lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved