Google kini mengimplementasi peraturan baharu untuk aplikasi Android melalui Google Play Store, iaitu memerlukan para pembangun aplikasi untuk menyertakan pilihan untuk pengguna memadam akaun dan data terus melalui aplikasi.

Google menyatakan perubahan ini perlu diimplementasi oleh para pembangun pada aplikasi mereka, sebelum 31 Mei 2024.
Dengan langkah ini, Google memberikan lebih banyak kawalan kepada pengguna, serta memudahkan para pengguna memadam data dan akaun mereka sekiranya tidak menyukai sesuatu aplikasi.
Selain Google, sebelum ini, Apple turut telah melaksanakan perkara sama pada AppStore.

