Google Assistant Akan Kekal Dengan Tema Gelap Pada Peranti Android

TechnologyDigital
2 Nov 2022 • 2:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Assistant telah melalui banyak perubahan, kini ia dikemaskini sekali lagi dengan satu tema. Google Assistant akan kekal dengan tema gelap dan tidak lagi akan menggunakan tema cerah, walaupun peranti pengguna menggunakan tema yang cerah.

Pada awalnya ramai sangkakan perubahan ini adalah satu pepijat, di mana sistem peranti tidak dapat mengubah tema warna Google Assistant. Namun wakil Google menjelaskan, penggunaan tema gelap pada Google Assistant adalah disengajakan dan akan kekal agak selari dengan penggunaan pada Pixel Watch dan Google TV.

image is not available

Perubahan ini akan berlaku pada peranti Android 13 sahaja buat masa ini dan akan berubah secara berperingkat secara lebih meluas ke lebih banyak peranti, termasuk pada Android Auto dan Nest Hub. Setakat dalam semakan saya, Nest Hub di rumah masih lagi menjalankan Google Assistant dengan tema terang dan berubah menjadi gelap pada waktu malam.