Google Bard Kini Boleh Menjana Teks Ke Imej Secara Percuma

TechnologyDigital
2 Feb 2024 • 12:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini telah memperkenalkan kemaskini pada Bard, iaitu sokongan kecerdasan buatan generatif yang dibangunkan oleh gergasi internet berkenaan. Selepas menyokong kebolehan menjana teks, menjawab persoalan, dan melakukan sejumlah perkara lain, kini Bard juga turut boleh menjana imej.

image is not available

Buat masa ini, sokongan ini terhad dalam bahasa Inggeris sahaja di Bard. Mengikut percubaan kami, selepas memasukkan input teks, ia akan menjana dua imej terlebih dahulu. Pengguna juga turut boleh melakukan pilihan untuk menjana dua imej tambahan – iaitu sehingga empat imej maksima untuk setiap input teks.

Google menyatakan setiap imej yang dijana ini turut menyertakan tanda tera air SynthID bersama dengannya. Bagi anda yang berminat, boleh cuba menjana imej melalui Bard hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved