Google Chrome Memasang Model Gemini Nano Sebesar 4GB Pada Peranti Secara Senyap

TechnologyDigital
7 May 2026 • 9:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Chrome Memasang Model Gemini Nano Sebesar 4GB Pada Peranti Secara Senyap

Chrome didapati memasang 4GB model AI Gemini Nano secara senyap pada komputer pengguna tanpa diberitahu dengan jelas. Model Gemini Nano ini membolehkan beberapa ciri seperti Help Me Write serta pengesanan penipuan dilakukan terus daripada peranti dan bukannya di awanan.

Image from: Google Chrome Memasang Model Gemini Nano Sebesar 4GB Pada Peranti Secara Senyap

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Google berkata ciri ini sudah diaktifkan sejak 2024 lagi dengan cara membuang Gemini Nano dengan lebih mudah pada peranti sedang dibangunkan. Pengguna sekarang boleh membuang pemasangan model AI ini menerusi tetapan On Device AI dan mematikannya supaya tidak dimuat turun semula.

Google juga berkata perisian mempunyai ciri memadam model AI ini apabila mengesan storan peranti pengguna sudah semakin mengecil. Pemasangan model Gemini Nano pada Chrome adalah tidak disangka. Tetapi pada peranti Pixel dan beberapa peranti Android lain, model ini memang sudah tersedia untuk menjalankan beberapa ciri AI tanpa menghantar data ke awanan terlebih dahulu.