Google Chrome Mungkin Bakal Dijual Dengan Nilai $50 Billion, OpenAi, Yahoo & Perplexity Luah Hasrat Untuk Ambil Alih

TechnologyBusiness & Finance
25 Apr 2025 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kini sedang menjalankan perbicaraan terhadap Google, bagi menentukan sama ada syarikat tersebut memonopoli pasaran melalui pelbagai produknya. Antara produk yang menjadi fokus untuk dipisahkan ialah pelayar web Google Chrome.

Berhubung perkara ini, beberapa pihak seperti OpenAI, Perplexity, dan Yahoo telah menyatakan minat dan keterbukaan mereka untuk membeli pelayar berkenaan sekiranya ia perlu dijual.

image is not available

Dalam pada itu, menyentuh soal harga, DuckDuckGo berpendapat bahawa nilai Google Chrome mungkin melebihi $50 bilion – suatu angka yang mungkin di luar kemampuan mereka untuk membelinya.

Kini, Chrome merupakan pelayar web utama yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ini memberi kelebihan kepada Google untuk menetapkan enjin carian mereka sebagai pilihan utama pengguna, sekali gus membantu mengekalkan dominasi mereka dalam pasaran.

Tambahan pula, terdapat dakwaan bahawa Google mengumpulkan data pelayaran pengguna menerusi Chrome untuk tujuan penyasaran iklan yang lebih berkesan.

image is not available

Situasi ini dijangka memberikan kelebihan besar kepada Google, dan menjadikan nilai Chrome berkemungkinan jauh lebih tinggi daripada $50 bilion.

Buat masa ini, tiada arahan rasmi untuk penjualan Chrome, dan perbicaraan masih berjalan. Namun, sekiranya arahan penjualan dikeluarkan, tidak mustahil Google akan mengemukakan rayuan dan meneruskan kes ke peringkat perbicaraan seterusnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

Ayat 'Tolong' Dan 'Terima Kasih' Oleh Pengguna Ketika Menggunakan ChatGPT Bikin OpenAi Rugi Puluhan Juta Ringgit