OpenAI Berminat Membeli Chrome Daripada Google

TechnologyDigital
23 Apr 2025 • 9:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti dilaporkan semalam, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) meminta mahkamah mengarahkan Google menjual pegangan mereka di dalam Chrome selepas didapati bersalah mengamalkan monopoli dalam perniagaan carian tahun lalu. Perbicaraan untuk menyelesaikan isu monopoli ini sedang berlangsung dan ketua pembangunan ChatGPT, Nick Turley mengatakan OpenAI berminat untuk membeli Chrome sekiranya ia dijual.

image is not available

Pembelian Chrome akan memberikan OpenAI akses kepada beberapa teknologi yang dinafikan oleh Google kepada mereka. Dalam keterangan yang diberikan di mahkamah, Turley berkata Google enggan memberikan OpenAI akses kepada indeks carian Google yang akan membolehkan ChatGPT mencari jawapan dengan lebih mudah. Teknologi enjin carian yang digunakan ChatGPT pada waktu ini masih tidak sebaik Google.

Dengan monopoli perniagaan enjin carian dan teknologi pengiklanan atas talian, peguam DOJ berkata Google akan mempunyai kelebihan dalam pembangunan AI dan sekaligus mendominasi pula pasaran ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Google berkata mereka akan melakukan rayuan bagi menghalang Chrome dijual kerana dilihat akan mendatangkan risiko sekuriti dan privasi data pengguna mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved