Google Circle to Search Akan Mempunyai Talam Aplikasi Tersendiri

TechnologyDigital
20 Nov 2024 • 11:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Circle to Search kini semakin popular kerana ia sudah mula tiba ke banyak peranti Android lain dan tidak lagi terhad kepada Samsung Galaxy atau Google Pixel. Circle to Search turut menjadi semakin menarik dalam setiap kemas kini kerana pada hemat kami, ia adalah kaedah carian paling berguna yang pernah diperkenalkan pada peranti Android. Akan datang, ia akan menerima talam aplikasi tersendiri.

Dengan pelbagai fungsi ditambah pada Circle to Search seperti Song Search atau melakukan penterjemahan, Google dilihat ingin memudahkan lagi penggunaan dengan memperkenalkan antaramuka yang pada saya kelihatan ringkas dan cantik.

image is not available

Selepas Circle to Search diseru, widget terapung bujur akan dipaparkan yang mengandungi bar carian Google bersama carian menggunakan suara, ikon Song Search untuk carian lagu dan ikon baharu mirip ikon talam aplikasi pada peranti Android. Di dalam talam aplikasi ini, Google menyertakan akses pantas kepada Google Translate, Google Lens dan juga Song Search sekali lagi.

Diharapkan Google membenarkan pengguna ubahsuai, ikon apa yang dipaparkan pada lama utama Circle to Search kerana tidak semua orang ingin mencari lagu apa setiap hari – tetapi mungkin semua orang akan menggunakan Google Lens untuk mencari informasi lain. Sama-sama kita nantikan kemas kini ini tiba ke peranti Android.