Memories Pada Google Photos Kelak Boleh Dikongsi Sebagai Fail Video

TechnologyDigital
20 Nov 2024 • 5:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Photos Memories adalah antara ciri baharu yang semakin ramai gunakan. Ia juga baru-baru ini telah dikuasakan dengan kecerdasan buatan generatif bagi menjana album dan kapsyen tersendiri. Memories dalam Google Photos adalah album automatik yang dijana dengan paparan pembentangan yang turut mempunyai muzik.

image is not available

Perkongsian Memories sebelum ini agak leceh kerana ia memerlukan pelayar web atau aplikasi Google Photos. Versi baharu, Google membenarkan pengguna berkongsi koleksi kenangan indah terus dalam format video. Ini bermakna, Memories anda boleh dieksport menjadi video untuk perkongsian lebih fleksibel termasuk di media sosial seperti Reels atau Stories.

Ciri ini diedarkan secara berperingkat kepada pengguna terpilih sebelum diaktifkan secara meluas. Untuk menggunakannya, buka mana-mana Memories dan tekan kongsi untuk pilih Share memory. Sebelum ini pilihan terhad kepada Share highlights. Ciri baharu ini dikatakan ditemui dalam Google Photos versi 7.7.0.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved