Google Circle To Search Akan Tiba Ke Xiaomi 14T Bermula 6 Oktober Ini

TechnologyDigital
27 Sep 2024 • 5:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pengenalan siri Xiaomi 14T di Malaysia, anda pasti tertanya adakah semua ciri AI baharu yang diperkenalkan sedia boleh digunakan atau akan menjadi seperti Apple Intelligence di mana ia tiba sebulan selepas peranti boleh dibeli. Untuk Xiaomi, anda hanya perlu tunggu satu minggu.

image is not available

Menurut Xiaomi Malaysia, ciri Circle to Search yang selama ini terhad pada peranti Samsung Galaxy dan Google Pixel akan boleh digunakan pada Xiaomi 14T serta Xiaomi 14T Pro bermula 6 Oktober akan datang. Google Gemini telah pun tersedia dengan akses Gemini Live hanya boleh digunakan jika anda melanggan pelan Google One AI Premium.

image is not available

Untuk ciri AI lain, AI Intepreter telah sedia terbina di dalam peranti untuk penterjemahan langsung ketika berbual dalam bahasa asing. Sementara AI Recorder dan AI Notes hanya akan tiba dalam kemas kini akan datang. AI Subtitles yang sebelum ini memerlukan akses Beta turut sedia digunakan. Akhir sekali, ciri suntingan AI yang diperkenalkan pada Xiaomi 14 turut tersedia pada siri Xiaomi 14T.