Google I/O Bakal Berlangsung Pada 20 Mei – Perkongsian Kemaskini Baru Untuk Gemini Dan Android

TechnologyDigital
18 Feb 2026 • 10:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google mempunyai acara tahunan yang dinamakan Google I/O, menyasarkan para pembangun yang menggunakan platform mereka. Kebiasaannya, Google akan berkongsi perkara baharu yang sedang dibangunkan dan bakal diperkenalkan, sekaligus membolehkan para pembangun untuk bersedia dengan penawaran masing-masing.

image is not available

Untuk tahun 2026 ini, Google menjadualkan acara Google I/O pada 19 dan 20 Mei 2026. Melaluinya, Google menyasarkan untuk berkongsi berkenaan kemaskini produk, selain pelbagai perkara baharu dalam arena kecerdasan buatan. Ini sekaligus memperlihatkan tahun ini kita mungkin melihat Google lebih memfokuskan Gemini dan Android pada acara berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar di laman rasmi Google I/O hari ini, dan menantikan acara tahunan Google ini.