Google Dan xAI Mengambil Langkah Untuk Menjamin Bekalan Kuasa Mencukupi Untuk Pusat Data Mereka

TechnologyEnvironment
16 Jul 2026 • 12:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini kami ada melaporkan bahawa penggunaan tenaga elektrik oleh pusat data kelak akan jauh melangkaui kemampuan syarikat-syarikat tenaga untuk membina infrastruktur untuk menampungnya. Menjelang 2030, permintaan bekalan tenaga oleh pusat data dijangka akan melonjak ke 290GW.

Mungkin kerana ini, dua syarikat teknologi dengan fokus terhadap pemprosesan data dan kecerdasan buatan, Google dan xAI telah mengambil langkah untuk menjamin kebolehan mereka untuk memastikan bahawa pusat-pusat data yang akan dibangunkan kelak boleh terus beroperasi.

Image from: Google Dan xAI Mengambil Langkah Untuk Menjamin Bekalan Kuasa Mencukupi Untuk Pusat Data Mereka

Google baru-baru ini dilaporkan telah membeli 100 peratus output bekalan tenaga elektrik solar melalui syarikat Cypress Creek Energy yang berpengkalan di Arkansas. Ini termasuklah 1.6TW bekalan kuasa elektrik dan 1.9TW bekalan kuasa bateri, yang mana kedua-duanya dijana menggunakan tenaga solar di Steel River Energy Center di Mississippi.

Lebih menarik lagi, Google hanya dijangka akan mula menerima bekalan kuasa solar ini pada tahun 2029, apabila ladang solar tersebut memulakan operasi fasa pertama dan kedua. Fasa ketiga akan meningkatkan jumlah pengeluaran tenaga kepada 2.45TW, akan tetapi laporan buat masa ini memperlihatkan bahawa Google tidak akan membeli lebihan kuasa tersebut.

Dalam pada itu, xAI, syarikat pembangun teknologi kecerdasan buatan Elon Musk pula baru-baru ini dilaporkan telah membeli APR Energy pada bulan Mei baru-baru ini, iaitu sebuah syarikat tenaga yang menggunakan sumber asli gas sebagai cara untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Image from: Google Dan xAI Mengambil Langkah Untuk Menjamin Bekalan Kuasa Mencukupi Untuk Pusat Data Mereka

Menariknya xAI kini sedang berhadapan dengan kes saman kerana pusat-pusat data syarikat tersebut dilihat menggunakan jumlah turbin gas yang terlalu banyak dan telah melanggar peraturan yang ditetapkan melalui Akta Udara Bersih. Dimana syarikat-syarikat teknologi lain sedang mencari sumber tenaga yang lebih lestari dan juga mesra alam sekitar, Elon Musk nampaknya masih lagi menggunakan sumber tenaga fosil yang bukan sahaja sukar untuk diperbaharui, tetapi lebih cenderung mencemarkan alam sekitar.

Sumber: Canary Media, Electrek

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved