Google Search Kini Mempunyai AI Mode Berkemampuan Menjawab Soalan Berantai

TechnologyDigital
6 Mar 2025 • 12:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Search pagi ini telah dikemaskini dengan ciri baharu AI Mode dan juga AI Overviews yang dipertingkatkan lagi keperempuanannya. Kita mulakan dengan AI Mode yang boleh memberikan jawapan untuk rantaian soalan yang diberikan oleh pengguna. Ia menggunakan Gemini 2.0 yang dikemaskini dan oleh itu boleh memberikan jawapan yang lebih terperinci berasaskan jawapan kepada soalan terdahulu.

image is not available

Dengan AI Mode, carian yang dahulunya memerlukan Search digunakan beberapa kali dapat dilakukan dengan lebih mudah. Pada waktu ini AI Mode telah diberikan dalam tetapan eksperimen Lab pada pelayar dan hanya boleh diakses pelanggan Google One AI Premium.

AI Overviews juga kini dikuasakan oleh Gemini 2.0 yang membolehkan ia memberikan jawapan kepada soalan yang lebih sukar mengenai topik pengaturcaraan, matematik dan soalan multi modal. Jawapan akan diberikan dengan lebih pantas dan mempunyai kualiti lebih tinggi berbanding versi AI Overviews terdahulu yang mempunyai isu jawapan yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Pada waktu ini AI Overviews baharu hanya boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved