Google Dilaporkan Akan Tawarkan Ciri Penjanaan Berasaskan AI Untuk Pengiklanan

TechnologyDigital
20 Apr 2023 • 9:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelbagai penawaran penjanaan kandungan seperti teks dan grafik berasaskan kecerdasan buatan, kini hadir laporan baharu mengatakan Google ingin menawarkan ciri lebih kurang sama tetapi untuk membuat kempen pengiklanan.

Dengan langkah ini, Google akan menawarkan ciri penjanaan grafik atau imej, termasuk teks pengiklanan berasaskan kecerdasan buatan.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengiklanan lebih dioptimasikan dan mencapai sasaran dengan lebih baik.

Pada hari ini sendiri, Google sedia menawarkan sejumlah ciri pengoptimasian pengiklanan, dan dengan ciri baharu ini kelak, ia dijangka akan menjadikan capaian pengiklanan lebih baik lagi.

Google dijangka menawarkan ciri ini dalam beberapa bulan lagi.