‘Google Doodle’ Beri Penghormatan Kepada Pakar Zoologi Malaysia

Entertainment
21 Jun 2022 • 5:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bidang sains dan hidupan ini amat besar dan diantara cabangnya ialah bidang zoologi, yang mengkaji tentang haiwan, termasuk pengelasan, kehidupan, tabiat, dan strukturnya. Mereka yang berada dalam bidang ini dipanggil ahli zoologi atau zoologist.

Hari ini, Google melalui Google Doodle memberi penghormatan kepada pakar zoologi Malaysia, Dr Lim Boo Liat dan ia boleh dilihat di laman utama web carian tersebut.

image is not available

Mendiang Dr Lim telah digambarkan sebagai tulang belakang dalam semua perkara yang berkaitan dengan kepelbagaian biologi di Malaysia, beliau juga merupakan individu penting dalam penubuhan Zoo Negara di Kuala Lumpur dan telah menulis lebih daripada 300 penerbitan saintifik tentang mamalia dan parasitologi.

Difahamkan, Google memilih untuk memberi penghormatan kepada Dr Lim pada 21 Jun kerana pada tarikh ini pada tahun 2003 beliau menjadi orang Asia Tenggara yang pertama menerima Keahlian Kehormat (honorary Membership) daripada American Society of Mammalogists (ASM).

image is not available

Menurut BFM News, Dr Lim berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Aberdeen di Scotland dan kemudian menerima PhD dalam bidang Zoologi di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1977.

Beliau turut dijemput untuk turut serta menjalankan Unit Penyelidikan Kawalan Biologi Vektor di World Health Organization (WHO).

Sumbangan beliau dalam bidang zoologi dan biodiversiti dikatakan telah memberi inspirasi kepada generasi saintis dari Malaysia, malah terdapat juga beberapa spesies haiwan dan parasit yang dinamakan sempena namanya.

Beliau meninggal dunia pada tahun 2005 ketika usianya 94 tahun.

Respek!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.