
Israel sudah melakukan serangan ke atas Gaza secara besar-besaran hampir dua tahun lamanya. Setakat ini dianggarkan lebih 80,000 warga Gaza terkorban dengan hampir 180,000 lagi mengalami kecederaan. Ini merupakan genosid pertama yang boleh dilihat secara masa nyata dan langsung menerusi menerusi media sosial dalam sejarah dunia.

Kemusnahan yang dilakukan tentera Israel cuba disorokkan dengan media asing dihalang daripada memasuki kawasan peperangan menggunakan alasan keselamatan. Tetapi minggu ini Google Earth dan Google Maps telah dikemaskini untuk menunjukkan kemusnahan yang berlalu sejak hampir dua tahun.
Pandangan daripada angkasa menunjukkan kawasan perumahan di Gaza yang hancur musnah dibom. Kemusnahan besar dapat dilihat di bahagian selatan Gaza seperti Rafah dan Khan Yunes. Dalam imej Khas Yunes di atas, hampir semua bangunan musnah termasuk sekolah berbanding dua tahun lalu.






