Hari Cuci Malaysia 2026 pecah 2 rekod MBOR, lebih 272,000 rakyat turun padang!

LocalEnvironment
26 Sep 2026 • 10:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026 melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan rakyat secara besar-besaran dan pengumpulan bahan kitar semula dalam tempoh satu hari.

Dilaksanakan serentak di 469 lokasi seluruh Malaysia

HCM 2026 yang dilaksanakan serentak di 469 lokasi seluruh Malaysia berjaya menghimpunkan seramai 272,390 peserta, mengatasi sasaran asal 200,000 peserta.

Image from: Hari Cuci Malaysia 2026 pecah 2 rekod MBOR, lebih 272,000 rakyat turun padang!

Selain itu, sebanyak 89,221.22 kilogram bahan kitar semula berjaya dikumpulkan dalam tempoh sehari, berbanding sasaran 28,000 kilogram.

Pelaksanaan program turut melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), institusi pendidikan, sukarelawan serta komuniti setempat.

Sehingga jam 3 petang, sebanyak 8,010.19 tan sisa pepejal turut direkodkan berjaya dikutip menerusi aktiviti pembersihan dan gotong-royong di seluruh negara.

Image from: Hari Cuci Malaysia 2026 pecah 2 rekod MBOR, lebih 272,000 rakyat turun padang!

Pencapaian 2 rekod MBOR adalah kejayaan rakyat Malaysia

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming berkata, pencapaian dua rekod tersebut merupakan kejayaan bersama rakyat Malaysia.

“Dua (2) rekod yang kita cipta hari ini bukan sekadar tentang angka. Di sebalik angka ini ialah ratusan ribu rakyat Malaysia yang memilih untuk turun bersama-sama, membersihkan persekitaran dan mengitar semula demi negara yang lebih bersih dan lestari,” katanya.

Image from: Hari Cuci Malaysia 2026 pecah 2 rekod MBOR, lebih 272,000 rakyat turun padang!

HCM 2026 dapat sokongan 10,000 buah sekolah seluruh negara

Difahamkan, HCM 2026 turut mendapat sokongan 10,000 buah sekolah di seluruh negara dengan penyertaan murid diiktiraf di bawah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), sekali gus membantu membentuk kesedaran mengenai kebersihan, pengasingan sisa dan amalan kitar semula sejak usia persekolahan.

Nga menegaskan kejayaan tersebut perlu diteruskan sebagai amalan harian dan bukan sekadar program sehari.

“Rekod boleh dicipta dalam sehari, tetapi budaya mengambil masa untuk dibina. Cabaran kita selepas ini ialah memastikan semangat Hari Cuci Malaysia diterjemahkan kepada amalan setiap hari iaitu jangan buang sampah, kurangkan sisa dan jadikan kitar semula sebahagian daripada kehidupan,” katanya.

Image from: Hari Cuci Malaysia 2026 pecah 2 rekod MBOR, lebih 272,000 rakyat turun padang!

Kejayaan dua rekod baharu MBOR ini menjadi simbol kekuatan tindakan kolektif rakyat dalam menjadikan Malaysia lebih bersih, indah dan sejahtera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved