Google Gemini 2.0 Experimental Advanced Kini Boleh Diuji Oleh Pengguna Berbayar

TechnologyDigital
18 Dec 2024 • 10:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Gemini 2.0 telah pun diperkenalkan dengan 2.0 Flash antara model awal yang pengguna boleh uji. Terbaru, Google ingin pengguna berbayar mereka mencuba model lain pula iaitu Gemini 2.0 Experimental Advanced. Model ini menjanjikan prestasi yang lebih pantas.

image is not available

Gemini 2.0 Experimental Advanced atau Preview gemini-exp-1206 buat masa ini terhad untuk web sahaja. Ia mampu memproses lebih banyak masalah matematik dengan pantas, melakukan kerja-kerja pengkodan dan boleh memahami penaakulan (reasoning) dengan lebih mendalam.

image is not available

Dalam cubaan saya, soalan Matematik tahap SPM ia berjaya menyelesaikannya dalam tempoh yang singkat berserta teks yang mudah faham. Kiraan juga lebih mudah untuk diikuti berbanding sebelum ini yang kerap mengelirukan. Cuma, disebabkan ia masih di fasa eksperimen Gemini 2.0 Experimental Advanced tidak boleh mengakses data terkini, tidak menyokong ciri unik Gemini lain dan mungkin tidak akan berfungsi seperti yang dijangkakan.

Untuk mengakses Gemini 2.0 Experimental Advanced ini anda perlu melanggan Google One AI Premium pada harga RM97.99 sebulan atau dapatkan setahun percuma dengan pembelian Google Pixel 9.