Google Gemini 3.1 Pro Dilancarkan Dengan Kemampuan Memproses Tugas Kompleks

TechnologyDigital
20 Feb 2026 • 8:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google melancarkan Gemini 3.1 Pro yang menurut mereka mampunya kemampuan memproses tugasan yang lebih kompleks yang memerlukan lebih daripada jawapan ringkas.Dalam ujian penanda aras ARC-AGI-2 3.1 Pro berjaya mencatatkan markah 77.1% yang adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding 31.1% dicatatkan oleh 3 Pro.

image is not available

Kemampuan utama Gemini 3.1 Pro ialah untuk menjelaskan topik kompleks, mensintesis data, dan membantu projek kreatif. Disamping itu ia turut boleh menjana animasi SVG animasi yang ringan, dan berskala tanpa kehilangan kualit

Bermula hari ini, Gemini 3.1 Pro dalam aplikasi Gemini boleh diakses pelanggan pelan Google AI Pro dan Ultra. 3.1 Pro. Ia turut boleh digunakan dalam NotebookLM secara eksklusif untuk pengguna Pro dan Ultra. Selain itu ia juga ditawarkan menerusi AI Studio, Antigravity, Vertex AI, Gemini Enterprise, Gemini CLI dan Android Studio.