OpenAI Menuduh DeepSeek Meniru Model AI Mereka

TechnologyStartup
15 Feb 2026 • 8:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Model kecerdasan buatan (AI) semakin kompleks, dan mempunyai kemampuan menakjubkan tetapi proses melatihnya juga semakin meningkat. ChatGPT masih lagi AI yang mempunyai jumlah pengguna tertinggi tetapi sedikit demi sedikit dikejar oleh pesaing seperti Gemini, Claude dan DeepSeek. Dalam situasi kedudukan merak diancam ini, OpenAI menghantar memo kepada Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan A.S dan mendakwa DeepSeek mencuri model AI Amerika Syarikat untuk melatih model mereka sendiri.

image is not available

DeepSeek didakwa menggunakan teknik sulingan (distillation) yang meminta model besar dan matang menilai output model baharu. Teknik sulingan ini akan memindahkan pengetahuan model AI Amerika ke model DeepSeek. Selain teknik sulingan, DeepSeek turut didakwa pelbagai cara mengelak akses mereka dihalang oleh OpenAI.

Teknik ini akan membolehkan DeepSeek memacu pembangunan model dengan lebih pantas serta mengelakkan kos. Reaksi di internet rata-ratanya mentertawakan OpenAI kerana bukan rahsia mereka menggunakan pelbagai karya intelek dalam bentuk teks, gambar, video dan audio untuk melatih model mereka tanpa kebenaran pemilik.