Google Gemini Kini Boleh Memperhalusi Draf Emel Di Gmail

TechnologyDigital
21 Aug 2024 • 10:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Gemini kini telah berkembang dan kebanyakan perkhidmatan awanan Google telah diintegrasikan dengannya. Antara yang Google ingin semua orang gunakan Gemini adalah di dalam Gmail kerana ia sudah sedia terbina. Terbaru, Google turut ingin membantu pengguna perhalusi emel yang di dalam draf pula.

image is not available

Kini jika anda membatalkan hasrat untuk menghantar emel, mungkin tidak yakin dengan ayat yang ditulis – Gemini boleh perhalusi emel anda. Kemudian, jika sebelum ini Gemini pada Gmail hanya boleh membantu menulis semula emel dalam gaya Formalize, Elaborate dan ShortenPolish adalah ciri baharu. Ia mencantikkan lagi penggunaan bahasa seperti ejaan, tatabahasa dan lain-lain tanpa mengubah gaya penulisan asal pengguna.

Pada aplikasi iOS dan Android pula, Help me write kini turut akan muncul ketika pengguna sedang menulis emel dan tidak lagi perlu mencari ikon spesifik untuk ditekan. Ciri baharu ini telah diedarkan kepada semua pengguna dengan syarat mempunyai langganan Google One AI Premium.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved