Akses Google Gemini 1.5 Flash Kini Diberikan Kepada Pengguna Percuma

TechnologyDigital
26 Jul 2024 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Gemini Advanced menggunakan model Gemini 1.5 Pro dan akses hanya diberikan kepada pengguna berbayar yang melanggan Google One AI Premium. Pengguna percuma yang terhad kepada Gemini 1.0 Pro baru-baru ini dinaiktaraf kepada Gemini 1.5 Flash.

image is not available

Ini bermakna pengguna percuma kini mempunyai akses kepada chatbot kecerdasan buatan generatif berasaskan multimodal dan turut boleh menjana sesuatu dengan kadar yang lebih pantas tanpa sebarang bayaran. Tingkap konteks Gemini 1.5 Flash adalah 32,000 berbanding 1.0 Pro sebelum ini yang terhad kepada 8,000. Ia juga boleh memahami soalan yang lebih kompleks dan mudah memahami perbualan secara berterusan.

Pengguna percuma turut kelak boleh memuat naik fail untuk melakukan analisa dengan AI. Gemini turut dikemaskini dengan setiap respons kini mempunyai pautan kepada sumber untuk menyemak fakta. Gemini 1.5 Flash kini boleh digunakan di 230 negara dan memahami 40 bahasa termasuk di Malaysia dan bahasa Melayu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved