Google Gemini Kini Boleh Mengingati Minat Anda Untuk Maklum Balas Menepati Citarasa

TechnologyDigital
20 Nov 2024 • 10:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Gemini baru-baru ini telah hadir dengan ciri baharu iaitu memori yang boleh mengingati butiran mengenai diri anda. Dengan kata lain, ia adalah satu panduan penggunaan Gemini yang direka sendiri oleh pengguna.

Ciri ini membolehkan pengguna mengarahkan Gemini untuk mengingati beberapa butiran peribadi seperti jawatan, jenis pekerjaan, hobi, alahan, makanan dan minuman kegemaran, filem kegemaran, mengarahkan Gemini untuk sentiasa membalas dengan tona dan bahasa yang spesifik dan banyak lagi.

image is not available

Selepas selesai, setiap kali sesuatu perbualan dimulakan bersama Gemini semua maklum balas akan mengikuti apa yang telah ditetapkan. Ini menjadikan Gemini lebih diperibadikan mengikut setiap pengguna seakan pembantu maya sebenar yang turut boleh berbual secara semula jadi.

Ciri ini dilihat diedarkan secara berperingkat kepada pengguna Gemini Advanced. Dalam cubaan saya, ia berfungsi di web tetapi pada peranti Android masih tidak kelihatan. Anda bagaimana?