WhatsApp baru-baru ini telah menguji ciri carian baharu menggunakan Google, selepas hadir dengan ciri penterjemahan menggunakan Google Translate. Dalam aplikasi WhatsApp versi beta 2.24.21.31 untuk Android, ciri carian imej telah disertakan.

Menariknya, pengguna boleh terus melakukan carian imej yang telah dihantar dalam ruangan sembang. Hanya buka imej, tekan menu tiga titik dan pilih Search on web. WhatsApp turut mengeluarkan notis yang imej yang ingin dicari akan dimuat naik ke Google.
Ciri ini pada saya amat memudahkan dan juga berguna. Dengan banyak orang berkongsi pelbagai maklumat dan berita palsu menerusi WhatsApp, kini jika ada gambar yang mencurigakan pengguna yang menerimanya boleh terus cari di web untuk maklumat lanjut. Tidak pasti bila ciri ini akan diberikan kepada semua.
