
Google Images menyambut ulang tahun ke-25 hari ini dan sempena hari bersejarah ini, ia menerima ciri baharu yang mirip dengan Pinterest. Pengguna diberikan pilihan untuk menyimpan gambar daripada Images ke dalam Collections. Beberapa senarai Collections boleh dibuka dengan setiap satunya boleh dinamakan sendiri oleh pengguna.

Ini ialah ciri yang menjadi asas kepada Pinterest untuk sekian lama. Apabila Images dibuka, terdapat tab untuk All Images dan Collections. Ini ialah cara koleksi gambar yang dihasilkan boleh diakses apabila diperlukan.

Selain ciri ini, pengguna juga boleh menjana imej terus menerusi AI Overviews dengan bantuan Nano Banana dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Dengan ini jika gambar yang dicari tidak muncul di Images, gambar yang lebih menepati kehendak pengguna boleh dijana terus menerusi pelayar web.
Ciri Collections telah diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat dengan tetapan Bahasa Inggeris.C Sementara ciri janaan imej AI Overviews pula boleh digunakan di semua negara AI Overviews boleh diakses dalam Bahasa Inggeris secara berperingkat.


