‘Talk To Spotify’ Membolehkan Pengguna Membuat Senarai Main Dengan Arahan Suara

TechnologyMusic
15 Jul 2026 • 2:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify kini melancarkan ciri baharu yang dinamakan ‘Talk to Spotify’ yang membolehkan pengguna Premium berkomunikasi dengan aplikasi melalui arahan suara atau teks. Dengan adanya fungsi ini, Spotify bukan lagi sekadar aplikasi muzik tetapi berperanan sebagai ruang pintar yang boleh berbual dengan pengguna tentang kandungan yang sedang didengar.

Melalui ciri Talk to Spotify, pengguna dapat mengawal muzik dengan suara, memahami dengan lebih mendalam lagu atau album yang sedang dimainkan dengan mengemukakan pertanyaan serta meninjau semula sejarah pendengaran mereka. Ciri ini juga tidak terbatas kepada muzik semata-mata kerana ia turut menyokong podcast dan buku audio, sekali gus membolehkan pengguna memperoleh maklumat tambahan mengenai penulis atau tetamu yang terlibat. Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu menekan butang mikrofon pada ruangan carian untuk bercakap atau menaip arahan sebagai alternatif.

Image from: ‘Talk To Spotify’ Membolehkan Pengguna Membuat Senarai Main Dengan Arahan Suara

Buat masa ini, ciri tersebut dilancarkan dalam bentuk beta khusus untuk pengguna Premium berumur 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat, Ireland, dan Sweden terlebih dahulu dengan sokongan bahasa Inggeris pada peranti iOS dan Android. Spotify turut menekankan bahawa ia masih dalam fasa pembangunan maka maklum balas daripada pengguna akan menjadi asas penting bagi memperbaiki serta menambah baik fungsi tersebut pada masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved