Google Keep Bakal Menerima Ciri AI Generatif Untuk Menjana Senarai

TechnologyDigital
1 Dec 2023 • 1:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda rasakan buku nota fizikal XNote yang dikuasakan ChatGPT mahal, aplikasi nota percuma oleh Google iaitu Keep Notes adalah alternatif versi digital yang baik. Ini kerana, akan datang aplikasi ini akan turut menerima kemas kini dengan ciri AI generatif.

image is not available

Ciri ini dilihat diberikan nama sebagai Help me create a list untuk membantu pengguna mencipta sesuatu senarai dan hadir dalam bentuk butang terapung pada bahagian mencatat nota. Selepas ditekan, pengguna boleh memasukkan prom ringkas seperti “cara-cara untuk masak nasi”, “kaedah membuat kopi yang sedap” dan banyak lagi.

image is not available

Google Keep kemudian akan mula menjana senarai yang dipinta dengan kotak semak (checkbox). Berdasarkan laporan 9to5Google, hasil yang dijana adalah baik sahaja cuma kadangkala ia tidak tepat atau ada senarai yang tidak perlu.

image is not available

Google Keep turut mencadangkan beberapa senarai untuk dijana seperti barang yang patut di bawa ketika berkhemah, barang untuk kembali ke sekolah, rutin di hujung hari, filem yang patut ditonton dan banyak lagi. Ciri AI generatif pada Google Keep Notes dikatakan masih dalam peringkat ujian awal dan mungkin akan terhad di dalam Workspace Labs.