Peranti Android Kelak Boleh Digunakan Sebagai Kamera Web Menerusi Microsoft Phone Link

TechnologyDigital
30 Nov 2023 • 12:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple telah hadir dengan ciri Continuity Camera yang boleh mengubah iPhone menjadi kamera web untuk komputer Mac. Peranti Android buat masa ini masih tidak menyokongnya dengan jangkaan kemas kini Android 14 nanti akan mengaktifkan ciri ini.

Terbaru Android Authority melaporkan, kod aplikasi Microsoft Phone Link memberikan petunjuk kelak peranti Android boleh digunakan sebagai kamera web pada komputer Windows. Menariknya, ciri seperti auto-framing dan penuras turut akan ditawarkan.

image is not available

Phone Link turut akan mempunyai ciri mematikan kamera web peranti Android jika mengesan suhu peranti yang semakin meningkat. Ciri Phone Link bagi yang tidak tahu, membenarkan notifikasi dipaparkan pada komputer Windows dengan kemampuan membalasnya, menjawab panggilan telefon atau menjalankan aplikasi Android.

Microsoft Phone Link turut baru-baru ini telah dikemaskini untuk digunakan bersama siri Honor Magic4 Pro, semua model OnePlus, semua siri Oppo Find, semua siri Oppo Reno dan semua model Realme.