Google Kini Memaklumkan Sekiranya Sesuatu Iklan Dijana AI

TechnologyDigital
10 Jul 2026 • 8:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Kini Memaklumkan Sekiranya Sesuatu Iklan Dijana AI

Salah satu perniagaan dan punca pendapatan utama untuk Google adalah melalui pengiklanan, dan mereka sedia mendominasi industri tersebut. Selari dengannya, sejumlah penawaran disediakan oleh Google dalam membantu pengguna dan penjual.

Terbaru, dalam usaha memudahkan pengguna dan orang ramai mengetahui sesuatu iklan dijana AI atau sebaliknya, Google telah mula memaparkan sebuah notis kecil bersama iklan. Ini dikatakan akan memudahkan pemahaman pengguna yang melihat iklan, dan ketahui yang gambar mereka lihat mungkin bukan gambar produk atau perkhidmatan sebenar.

Image from: Google Kini Memaklumkan Sekiranya Sesuatu Iklan Dijana AI

AI sedia memudahkan penjanaan gambar dan video untuk tujuan pengiklanan, dan semestinya label sebegini akan memudahkan lagi pemahaman pengguna.

Google akan menambah label ini secara automatik sekiranya menggunakan penjana AI milik Google. Sebaliknya, sekiranya menggunakan penjana AI luar, maka pengiklan boleh menambah label berkenaan pada iklan mereka. Langkah pelabelan ini juga selari dengan permintaan beberapa negara yang telah mengarahkan imej AI dilabelkan dengan jelas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved