
Carian Google masih merupakan tempat yang dituju ramai dalam melakukan pelbagai carian dan rujukan, dan ia boleh dikatakan Google mendominasi carian dengan pegangan pasaran enjin carian lebih 90% – apatah lagi dengan integrasi terus pada Chrome.
Terbaru, pihak Google berkongsi mengatakan pada minggu ini, carian Google mencatat rekod penggunaan tertinggi sekaligus memecah pelbagai rekod sebelum ini ketika kejohanan Piala Dunia FIFA 2026, melibatkan pasukan Argentina dan Mesir. Walaubagaimanapun, Google tidak menyatakan berapakah jumlah carian yang berlaku ketika dan pasca acara kejohanan berkenaan.
Dengan rekod baharu ini, ia dilihat Google menyasarkan carian yang lebih tinggi ketika acara kejohanan peringkat separuh akhir dan juga pada peringkat akhir kelak.





