Google Kini Membenarkan Nama Akaun Gmail Ditukar Di Amerika Syarikat

WorldTechnology
31 Mar 2026 • 11:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Gmail telah memulakan operasi sejak 2004 dan ramai pastinya mengambil nama akaun yang mirip dengan nama yang samaran yang digunakan di MIRC dan bukannya nama sendiri. Ini berlaku kepada saya sendiri dan selepas lebih 20 tahun nama akaun Gmail ini tidak serasi untuk kegunaan profesional. Ramai berada dalam situasi ini dan kini Google akhirnya membenarkan nama akaun Gmail ditukar tetapi hanya untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu.

Kewujudan ciri disedari Disember tahun lalu pada laman sokongan Bahasa Hindi. Pengguna boleh memilih nama baharu yang masih belum diambil oleh orang lain. Setiap akaun juga hanya dibenarkan menukar nama akaun sebanyak 3 kali.

Selepas nama akaun ditukar, emel akan dihantar ke inbox akaun lama dan akaun baharu. Data yang disimpan dalam akaun lama seperti gambar, mesej dan emel yang dihantar ke alamat emel lama tidak akan terjejas. Log masuk akaun ke perkhidmatan Google boleh dilakukan menggunakan nama akaun lama dan juga baharu.

Dengan ini anda tidak lagi perlu membuka akaun Gmail baharu untuk menggunakan nama yang anda rasakan lebih sesuai kerana kini sudah dewasa serta matang. Ia juga lebih ringkas kerana semua langganan dan perkhidmatan yang menggunakan nama akaun lama tidak perlu didaftarkan sekali lagi menggunakan nama akaun baharu.