
Kemaskini : Sebaik sahaja selepas penerbitan inisiatif pihak TNG Digital baru hari ini, kini pihak TNG Digital telah menghubungi kami, dan mengatakan telah membatalkan inisiatif tawaran subsidi mereka kepada para pekerja dibawah mereka.
—–
TNG Digital, syarikat sebalik dompet digital TNG eWallet, hari ini membuat kejutan dan mengumumkan penawaran kelebihan tambahan kepada para pekerja mereka, iaitu bantuan subsidi RON95 tambahan, berkuat-kuasa 1 April 2026 ini. Dengan langkah ini, selepas anda habis guna 200 liter dengan subsidi BUDI95 ditawarkan kerajaan, para pekerja TNG Digital boleh menikmati subsidi daripada pihak majikan, dan tidak tertekan dengan kenaikkan harga minyak yang tinggi.

TNG Digital menyatakan dengan langkah ini membolehkan mereka meringankan beban kepada para pekerja mereka. Inisiatif baharu ini adalah tambahan kepada TNG Digtal Care+ sedia ada, yang sedia menawarkan waktu bekerja fleksibel, dan juga penawaran pas MY50.
TNG Digital menyatakan penawaran ini meliputi semua pekerja mereka rentas subsidiari, termasuk pekerja kontrak dan juga pelatih.


