
Google sebelum ini sedia memfokuskan kepada pendapatan melalui pengiklanan, dan antara syarikat terbesar dunia yang menjana pendapatan pengiklanan. Tidak setakat itu, Google turut telah dengan jayanya membangunkan perniagaan memfokuskan kepada langganan.
Melalui penyata kewangan terbaru, Google menyatakan mereka mempunyai lebih 325 juga langganan berbayar. Langganan ini turut menyertakan perkhidmatan storan tambahan Google One, selain langganan akses YouTube tanpa iklan melalui YouTube Premium.

Angka berkenaan dilihat terus meningkat secara positif. Google juga turut telah mula memfokuskan penawaran langganan AI melalui Google One, selain turut baru-baru ini memperkenalkan langganan berbayar Google One Lite di Malaysia pada harga RM3.50 sebulan.
Dengan angka ini, tidak mustahil kita melihat Google terus memfokuskan kepada perkhidmatan langganan, dan hadir dengan sejumlah penawaran baharu kepada pengguna dalam memastikan pengguna terus melanggan dan menyumbang pendapatan bulanan kepada Google.

