Bagi anda yang terlibat dengan pembangunan aplikasi atau turut menggunakan sokongan sempoicara dalam pembangunan aplikasi pada era kecerdasan buatan janaan ini, sebelum ini ia agak sukar menguji aplikasi pada peranti – dimana anda perlu mengubah tetapan peranti, dan memuat-sisi sesuatu aplikasi ke peranti Android, sebelum dapat mengujinya.
Menyedari kesukaran ini, kini Google dalam proses memudahkan lagi perkara berkenaan. Anda boleh menggunakan Google AI Studio dalam membangunkan atau sempoicara aplikasi Android anda, dan seterusnya menerbitkan ia ke pustaka aplikasi peribadi dan mengaksesnya melalui Google Play.
Buat masa ini, ciri ini ditawarkan untuk pengguna Amerika Syarikat dan beberapa pasaran terpilih, dan dijangka diperluaskan kepada semua tidak lama lagi.

Untuk menggunakan kaedah ini juga, pengguna tidak memerlukan sebarang akaun pembangun, dan boleh melakukannya menggunakan akaun peribadi. Google turut menyatakan kelak mereka akan memperkenalkan ciri untuk berkongsi pustaka peribadi ini bersama ahli keluarga dan rakan terdekat.
Dengan langkah ini, kita mungkin melihat lebih banyak aplikasi dibangunkan secara sempoicara oleh orang ramai dan menggunakannya untuk kegunaan peribadi – sekaligus membolehkan pendemokrasian dalam pembangunan aplikasi dan penggunaannya.


