Google Kini Menawarkan Muka Taip Google Sans Flex Untuk Semua

TechnologyDigital
19 Nov 2025 • 9:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google sedia menggunakan muka taip khusus dalam produk mereka, termasuk untuk penjenamaan, Dinamakan Google Sans Flex, kini muka taip berkenaan ditawarkan secara terbuka kepada semua melalui laman Google Fonts.

Dengan penawaran ini, para pengguna boleh menggunakan ia dalam pembangunan web atau aplikasi, selain turut memuat-turun dan menggunakannya dalam dokumen.

image is not available

Melalui penerangan Google pada halaman Google Sans Flex, mereka mengatakan ia sebagai muka-taip generasi akan datang oleh Google. Salah satu kelebihan muka taip ini adalah ia boleh digunakan dalam pelbagai variasi berbeza, memperlihatkan keupayaan dan fleksibiliti yang ditawarkan muka taip ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan muka taip Google Sans Flex hari ini melalui laman Google Fonts.