Google Lancarkan ChromeOS Flex USB Kit Untuk Menyelamatkan PC Lama Daripada Dibuang

TechnologyDigital
6 Apr 2026 • 9:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dunia berhadapan krisis kekurangan komponen RAM dan memori sehingga harga peranti mampu milik kini menjadi semakin mahal. Bagi mereka yang tidak mampu membeli komputer peribadi baharu atau enggan menambah lambakan sampah elektronik, Google telah melancarkan ChromeOS Flex USB Kit.

image is not available

Kit ini memudahkan proses mengubah PC lama untuk menjadi sebuah komputer ChromeOS. Ia adalah usaha Google menjadikan PC Windows 10 yang tidak lagi disokong serta tidak boleh dinaiktaraf ke Window 11 daripada dibuang.

ChromeOS masih boleh dimuat turun percuma tetapi kit memudahkan proses ini bagi mereka yang tidak mempunyai sambungan internet atau tidak mempunyai masa untuk memuat turunnya sendiri. Kit dibangunkan menerusi usaha sama Back Market dengan ia dijual pada harga $3 (~RM 12) di beberapa pasaran terpilih.