Google Maps Akan Cadang Lokasi Pengecasan Terdekat Sepanjang Perjalanan – Elak Kerisauan Ketika Memandu

TechnologyDigital
8 Feb 2023 • 10:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google hari ini berkongsi sejumlah integrasi kecerdasan buatan pada produk-produk dibawah mereka, termasuk Google Maps.

Salah satu ciri baharu yang bakal hadir ke Google Maps dalam bulan-bulan akan datang pada peringkat global adalah kemudahan untuk para pemilik kereta elektrik.

image is not available

Melaluinya, pengguna boleh memasukkan destinasi yang dituju, dan Google Maps akan turut mencadangkan lokasi pengecasan sepanjang perjalanan sekiranya ia diperlukan dalam memastikan anda mempunyai jarak perjalanan yang mencukupi.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan para pemilik kenderaan elektrik tidak berasa tidak senang atau cemas ketika memandu jarak jauh dan risau bateri akan habis.

Google mengatakan ciri baharu ini akan diperkenalkan pada peringkat global tidak lama lagi.